Monday 23 April 2012

Karangan Jenis Fakta

Sektor pelancongan mampu menjana kemajuan ekonomi sesebuah negara, termasuk Malaysia.  Huraikan kepentingan sektor pelancongan di Malaysia kepada rakyat dan negara.
Rangka karangan

Pendahuluan
Negara kita sungguh bertuah kerana banyak mempunyai keistimewaan yang dapat melonjakkan perkembangan industri pelancongan-kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada sektor pelancongan.

Isi-isi Relevan
1.  menggalakkan kemasukan mata wang asing ke dalam negara-pelancong asing menggunakan wang untuk berbelanja, contohnya, membayar kos penginapan, makanan, dan perkhidmatan pengangkutan.
2.  membangunkan industri tempatan-contohnya, apabila sesebuah pusat pelancongan baharu dibuka, maka akan berkembanglah industri sampingan seperti restoran,gerai kraf tangan, dan chalet atau hotel-bagi peniaga perusahaan kecil dan sederhana pula, mereka dapat memasarkan produk mereka.
3.  membuka peluang pekerjaan-rakyat tempatan dapat mengisi pelbagai jawatan kosong dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan daripada peringkat bawahan sehinggalah peringkat pengurusan.
4.  membangunkan sesuatu tempat-perkembangan industri pelancongan membolehkan penduduk menikmati kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut.
5.  menggalakkan kemasukan pelabur asing-kemajuan sektor pelancongan negara turut menjadi tumpuan terhadap keindahan alam semula jadi dan kestabilan politik negara.

Kesimpulan
usaha berlipat ganda perlu digiatkan oleh pelbagai pihak supaya industri ini mampu mengekalkan sumbangannya.

Catatan: sila masukkan peribahasa dan frasa menarik yang sesuai dalam setiap perenggan.  Selamat menulis....

Puisi Tradisional

Pantun Budi
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
Disunting dari :   Akhbar Utusan Malaysia
                            Dewan Bahasa dan Pustaka