Wednesday 2 May 2012

Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)



PENGENALAN

Bahasa Melayu Kertas 2 mengandungi komponen berikut:

1.    Rumusan                                                       -      ________ markah

2.    Pemahaman                                                  -      ________ markah
       a. rumusan                                                    -      ________ markah
       b. prosa moden                                             -      ________ markah
       c. prosa klasik                                               -      ________ markah
       d. puisi                                                          -      ________ markah

3.    Tatabahasa                                                    -      ________ markah
       a. membina ayat                                            -      ________ markah
       b. menganalisis ayat                                      -     ________ markah
       c. mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan   -     ________ markah
       d. mengesan kesalahan kata/istilah/bahasa   -      ________ markah
        e. peribahasa                                                 -      ________ markah

4.    Kajian novel                                                  -      ________ markah

 SOALAN 1
 
1.   Pembahagian Markah Rumusan
      a.   Pengenalan                                -           2 markah
      
      b.   Isi Tersurat                                 -       4-12 markah
 
      c.   Isi Tersirat                                  -      4-12 markah

      d.   Kesimpulan                               -           2 markah

            Markah penuh isi                      -          20 markah

            Markah penuh bahasa               -          10 markah

            Jumlah markah                       -          30 markah

2.   Panjang Rumusan                       
      Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu   rumusan tentang kepentingan  
      tidur dari segi  saintifik
dan cara-cara mengatasi masalah tidur.
      Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah  perkataan. 

3.   Perenggan Rumusan
       Rumusan ditulis dalam 4 perenggan

Perenggan pengenalan/pendahuluan

Perenggan isi tersurat
(6-10 isi)

Perenggan isi tersirat
(6-10 isi)

Perenggan kesimpulan

Petua Menjawab Soalan Rumusan

A  Menganalisis Soalan

  1. Baca arahan soalan dengan teliti untuk engenal pasti kehendak dan fokus soalan.
  2. Pada arahan berkenaan, lazimnya ada dua fokus soalan iaitu fokus pertama (F1) yang merujuk kepada isi tersurat dan fokus kedua (F2) yang merujuk kepada isi tersirat.

B  Menulis Pendahuluan

1.     Pendahuluan rumusan ditulis dalam satu ayat sahaja berdasarkan tema utama (TU) yang dimulai frasa khusus (FK) seperti contoh berikut:
Petikan membincangkan/memperkatakan/membicarakan/menerangkan ...........
2.      Pendahuluan menulis tentang tema utama petikan yang biasanya terdapat dalam Fokus pertama soalan.
3.   Fokus pertama soalan perlu ditukar / diganti dengan perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama.
 
 -   Sebab-sebab, punca-punca,
faktor-faktor, potensi
 - Langkah-langkah, usaha-usaha, cara-
     cara, tindakan-tindakan,cadangan-
     cadangan,syor-syor
 -   Masalah, kekangan, halangan, kerenah
 - Kepentingan, faedah-faedah,kebaikan,
      manfaat, kelebihan,keistimewaan
 -  Kesan, impak, implikasi, natijah, akibat
 -  Peranan, tanggungjawab,fungsi


Contoh Pendahuluan:
 
Arahan soalan


   Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk menarik minat membaca dan faedah-faedahnya.                                                                                                                                               
                                                                     
Petikan membincangkan langkah-langkah untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat.
       
Tema utama (TU)         -  Petikan membincangkan         

  Fokus pertama (F1)    -   langkah-langkah

Latihan Menulis Pendahuluan

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab plastik berbahaya kepada manusia dan langkah meminimumkan risikonya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Petikan membincangkan  ………………………………………………………………........................  
....................................................................................................................................................

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengurangkan lumba haram dan tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 

 Petikan membincangkan  ……………………………………………………………………….  ……………………………………………..........................................................................

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kekangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
     Petikan membincangkan  ……………………………………………………………………………..
    ………………………………………………………………..

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara terbaik membendung jenayah ragut dan impaknya jika masalah ini tidak diselesaikan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
      Petikan membincangkan  ………………………………………………………………………...
……………………………………………..............................

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa memastikan anak-anak memperoleh makanan berkhasiat dan sikap anak-anak yang yang menghalang usaha tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
       Petikan membincangkan............………………………………………………………
     ........................................................................................

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyemarakkan semangat menyayangi bumi dan cara-cara membatasi pemanasan global.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
      Petikan membincangkan…………………...............…………………………………………….
..........................................................................

      7.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat  satu rumusan tentang kepentingan
          tidur dari segi   saintifik
dan cara-cara mengatasi masalah tidur.
          Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah  perkataan.

      Petikan membincangkan  …………………………………………………………………………...
..........................................................................


C.  Menulis isi tersurat

      1.  Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan dalam petikan sahaja iaitu Fokus Pertama (F1).
      2.  Garisi sekurang-kurangnya enam isi tersurat yang menepati F1.
      3. Gunakan kata hubung atau penanda wacana untuk  memperlihatkan kesatuan ayat yang berkesan.

     Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur
    dari segi  saintifik
dan cara-cara mengatasi masalah tidur.
    Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


  
D.  Menulis isi tersirat

      1.   Isi tersirat berdasarkan Fokus Kedua (F2).

           Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat   satu rumusan tentang kepentingan 
           tidur dari segi  saintifik
dan cara-cara mengatasi masalah tidur.
          Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

ISI TERSURAT
Fokus Pertama (F1)

Kepentingan tidur dari segi saintifik


ISI TERSIRAT
Fokus Kedua (F2)

Cara-cara mengatasi masalah tidur


D.  Menulis Kesimpulan

  1. Kesimpulan ditulis dalam satu ayat sahaja ( ada 2 elemen).
  2. Wujudkan gabungan 2 elemen dalam kesimpulan rumusan iaitu Cadangan (C ) + Harapan (H).
    Contoh kesimpulan:                                                                                                 
Kesimpulannya, (setiap individu haruslah mendapatkan tidur yang cukup ) agar ( hidup lebih berkualiti)

                               
    Cadangan     -    setiap individu haruslah mendapatkan tidur yang cukup


   Harapan        -    hidup lebih berkualiti